Sabtu, 31 Ogos 2019

SALAM MAAL HIJRAH 1441H...


BERTEMAKAN: NEGARA RAHMAH, UMMAH SEJAHTERA 
Maal Hijrah merupakan salah satu hari kebesaran/ perayaan yang disambut oleh umat islam setiap tahun. Ia bagi mengingati peristiwa hijrah Nabi Muhammad dari Mekkah ke Madinah. Peristiwa itu wajar diamati dan dijadikan iktibar kepada kita semua kerana terdapat banyak pengajaran yang boleh kita peroleh. Ketika peristiwa tersebut juga Nabi Muhammad telah mempersaudarakan penduduk dari kota Mekkah yang dikenali dengan golongan Muhajirin manakala penduduk Madinah pula dikenali dengan golongan Ansar. Ibrah yang boleh diambil daripada peristiwa ini adalah asas bagi kedamaian umat adalah perpaduan sesama kita.


Penggunaan kalender hijrah sebenarnya belum bermula ketika zaman Rasulullah. Ianya hanya bermula ketika zaman khaliffah Ar-rasyidin iaitu ketika zaman pemerintahan Khalifah Saidina Umar. Ketika itu, umat islam baru hendak menggunakan kalender mengikut kiraan mereka. Terdapat banyak cadangan pada ketika itu untuk dijadikan tarikh permulaan kalender Hijrah. Ada sahabat mencadangkan untuk mengambil tarikh Nabi dilahirkan sebagai permulaan. Ada yang mencadangkan mengambil peristiwa kebangkitan Rasulullah sebagai Nabi dan Rasul sebagai permulaan. Namun akhirnya peristiwa hijrah nabi yang diambil sebagai tarikh permulaan.
Di Malaysia sambutan Maal Hijrah dijadikan sebagai salah satu perayaan umat islam. Pada tarikh tersebut juga dijadikan sebagai hari cuti umum. Perayaan Maal Hijrah juga dilakukan diperingkat negara di mana akan ada majlis ilmu besar-besaran bagi mengingati peristiwa hijrah Nabi. Setiap tahun juga akan dipilih tokoh maal hijrah dan akan diberikan penghargaan. Calon tokoh maal hijrah dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan untuk dijadikan role-model kepada umat islam untuk dicontohi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan