Maklumat Sekolah





Berikut adalah maklumat yang berkaitan dengan sekolah ini.

ILMU PEMBENTUK MINDA (LAGU TEMA SK MERCHANG)

MAJULAH SKMT
SEKOLAH KEBANGSAAN MERCHANG
BERBAKTI DAN BERDIKARI
CAPAI CITA-CITA GEMILANG
BERUSAHA DAN BERDOA
JADI AMALAN KITA SEMUA
TINGKATKAN KUALITI DIRI
DEMI KEJAYAAN SEKOLAH KITA
BERBUDI,BERAKHLAK MULIA
ILMULAH PEMBENTUK MINDA
KE ARAH MENCAPAI CITA-CITA GEMILANG
JADI GENERASI BERGUNA
BERUSAHA DAN BERDOA
JADI AMALAN KITA SEMUA
TINGKATKAN KUALITI DIRI
DEMI KEJAYAAN SEKOLAH KITA
DEMI KEJAYAAN SEKOLAH KITA……..

 OBJEKTIF 
  1. Memastikan murid-murid menguasai kemahiran 3M serta meningkatkan prestasi dan kreativiti murid
  2. Membentuk sahsiah pelajar dari segi disiplin, kepimpinan
  3. Mencungkil, mempertingkatkan, mengembangkan bakat dan potensi murid
  4. Menyedia prasarana serta merancang dan melaksanakan aktiviti agar objektif sekolah dapat dicapai
  5. Mengurus dan meningkatkan kualiti sumber manusia (guru dan bukan guru)
  6. Melibatkan komuniti setempat bagi memastikan murid-murid mendapat pendidikan terbaik dan sempurna

 MISI

BERUSAHA MEMARTABATKAN MODAL INSAN
PEMANGKIN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN

VISI 

SEKOLAH KEBANGSAAN MERCHANG
PEMACU KECEMERLANGAN
JASMANI DAN ROHANI
INSAN YANG BERTERUSAN

LOKASI



SEJARAH

Nama sekolah: Sekolah Kebangsaan Merchang
Alamat : SK Merchang, 21610 Merchang, Terengganu
Tarikh di buka:  1947 – Secara gotong royong (Sekolah Rakyat)
                                1948 – Jabatan Pelajaran Terengganu mengambil alih
Bilangan Murid  : 20-30 orang
Bilangan guru : 1 orang
Bilangan kelas : 1 kelas

·         Diasaskan oleh Khatib Haji Awang Bin Musa pada tahun 1947 dengan nama Sekolah Rakyat.
·         Tapak asal berhampiran Masjid Kg. Merchang.
·         Bangunan asal berdinding kayu dan beratapkan daun nipah.
·         Murid pertama seramai 30 orang.
·         Guru pertama mengajar Encik Che Ibrahim bin Mat Amin.
·         Dipindahkan ke Kg Demang kerana masalah air pasang besar.
·         Dipindahkan sekali lagi ke tapak sekarang di Kg Pulau Rusa apabila bangunan baru siap pada 31. 1. 1952.
·         1952- Dimulakan persekolahan ditapak kawasan sekolah yang ada sekarang ini seluas 6.081 ekar
·         136 orang (136 orang murid) (Darjah 1-5)
·         3 orang guru
·         Projek – projek 1984, 1985, 1986 dan 1987
1.)    Projek Bangunan Tamabahan 3 bilik darjah
a.       Diusahakan PIBG sekolah dengan dibiayai oleh derma – derma peserorangan dan orang ramai.
b.      Dijalankan secara gotong royong dan di bantu oleh banduan-banduan dari Penjara Terbuka Marang
c.       Anggaran perbelanjaan ketika itu RM 5,000.00
d.      Awal 1984 telah siap digunakan
2.)    Pusat Sumber SEK Keb. Merchang
a.       Dirasmikan pada 2hb April 1984 – Projek Kementerian Pelajaran – hanya dua buah sekolah yang dipilih di negeri ini.
3.)    Pada tahun 1987, sekolah ini dipilih dan dijadikan Pusat Sumber Kelompok
4.)    Projek 3 bilik darjah dan 3 unit rumah guru bermula pada tahun 1987.
a.       Projek 3 bilik darjah telah siap digunakan dan dilaksanakan secara gotong royong.
b.      Projek 3 unit Rumah Guru – dilaksanakan secara gotong royong.
c.       Peruntukan diberi sebanyak RM 30,0000.00 oleh Kementerian Pelajaran
d.      Projek ini telah siap dan telah didiami mulai Mei 1987.