Khamis, 22 November 2018

Keputusan Peperiksaan UPSR / PPSR 2018 pada 29 November 2018...


Semakan keputusan UPSR akan diumumkan pada 29 November 2018 seperti yang dinyatakan oleh Datuk Dr. Amin bin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia melalui kenyataan media sebentar tadi. Memandangkan penilaian di sekolah rendah adalah bersifat holistik, maka keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan sebahagian daripada penilaian lain yang dirangkum dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR).

Beza UPSR dan PPSR

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) merupakan suatu dokumen yang melaporkan kejayaan murid pada akhir persekolahan peringkat rendah yang lebih holistik dan bermakna. Pelaporan tersebut merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPsi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid aliran perdana atau Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi murid berkeperluan khas masalah pembelajaran.

Semak Keputusan UPSR Online

Waris dibenarkan mengambil dokumen pelaporan sekiranya murid tidak dapat mengambilnya sendiri. Semakan keputusan UPSR dan PASR 2018 juga boleh dibuat melalui portal Lembaga Peperiksaan di alamat Ip.moe.gov.my.
Kami mengucapkan semoga berjaya hendaknya. Kepada murid-murid, PPSR adalah permulaan, walau apa juga keputusan yang diperoleh, teruskanlah menimba ilmu pengetahuan, menggilap kemahiran dan menyemai nilai. Yang tidak akan pernah rugi itu ialah orang-orang yang baik dan soleh. Sentiasalah pilih untuk jadi dalam kalangan mereka yang beruntung. ðŸ™‚

Tiada ulasan:

Catat Ulasan