Khamis, 26 Februari 2015

Majlis Dialog Prestasi, Temu Murni Dan Ikrar Calon Program UPSR 2015

Setiap tahun pihak sekolah akan merancang program dan aktiviti khas untuk kecemerlangan akademik khasnya untuk murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR. Perancangan awal dan kerjasama erat antara semua pihak amat diperlukan dalam bekerjasama untuk mencapai hasrat untuk kecemerlangan dan kejayaan murid-murid yang bakal menghadapi UPSR bagi tahun ini. Majlis ini adalah sebagai Perjumpaan kali pertama bersama ibubapa/penjaga untuk program-program yang akan dianjurkan dari semasa ke semasa selepas ini.

OBJEKTIF
i. Sebagai salam perkenalan antara ibu bapa/
          penjaga Murid-murid Tahun 6 SK Merchang
          dengan pihak sekolah.
ii.     Untuk memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga calon-calon UPSR tentang pen capaian lepas dan pencapaian semasa UPSR.
 iii.     Untuk memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga calon-calon UPSR berkenaan program-program yang dirancang untuk peningkatan UPSR 2015
iv.     Memastikan ibu bapa/penjaga mengambil berat dengan setiap program yang akan diadakan.
v.       Mengeratkan hubungan ibu bapa/penjaga dan
          pihak sekolah.



DENDANGAN 5A UPSR

Kami calon UPSR,
Berikrar dan berjanji,
Berusaha selagi terdaya,
Hingga sampai berjaya,
Tanpa pernah rasa jemu,
Kami terus menuntut ilmu,
Hormat pada,  Guru-guru,
Juga taat ayah dan ibu,
Kami berjanji tak akan leka,
Setiap detik setiap ketika,
Kuat berusaha, sampai jaya,
Tidak lupa setiap masa,
Kami kan gengam 5A,
Agar semua kan bangga,
Harum nama,  keluarga,
dan SKMT Cemerlang tercinta.




TARGET  UPSR 2015

5A = 20 ORANG
21.05 %

MINIMUM C
86.74%

GPS   : 1.95



IKRAR UPSR

Bahawasanya kami,
Calon-calon UPSR 2015,
Berikrar dan berjanji,
Akan berusaha bersungguh-sungguh,
Dengan penuh Iltizam dan daya kami,
Untuk mencapai 5A,
Dalam UPSR nanti,
Insya- Allah.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan